Cara untuk tidak meninggalkan fardhu solat

Dulu penulis pernah dengar ceramah kat radio@tv tentang cara untuk tidak meninggalkan solat.
Ada doa atau amalan khas yang kena buat? Mungkin ada tapi jawapan dari ustaz  lebih mudah … solat di awal waktu!

He-he, jawapan yang kita semua sepatutnya dah tahu tapi  buat-buat tak tahu!

Tapi camne cara nak laksanakannya? Bila masuk waktu solat dan azan je  mesti tengah ada kerja. Kalau waktu subuh, tengah tidur! Kalau waktu zohor, tengah buat kerja kat ofis @ tengah makan. Kalau waktu asar, tengah buat kerja kat ofis lagi! Waktu maghrib  tengah tengok tv. Waktu isyak pula tengah makan atau tengah tengok tv bahagian 2! Solat memang solat cuma lewat. Tapi bila lewat ada kemungkinan tertinggal solat. Kerja-kerja masa waktu solat bukanlah penting sangat sampai tak boleh ditinggal selama 10 minit untuk solat. Waktu solat terasa ada hanyutan untuk meneruskan kerja dan menangguhkan solat.

Berbalik kepada soalan cara untuk laksanakan solat di awal waktu. Camna ya? Penulis cadangkan buat permulaan gunakan peralatan elektronik yang kita semua ada, handphone. Tetapkan penggera kepada waktu solat berikutnya, tepat kepada minit yang hampir! Selepas ia berbunyi, tetapkan kepada waktu solat berikutnya pula dan pergi lah solat yang dah masuk waktu tu. Bagi Handphone yang boleh baca fail jpeg atau jpg, simpan waktu solat di dalam handphone untuk rujukan sepanjang waktu. Waktu solat kawasan KL 2011:

Waktu Solat KL Jan-Jun 2011

Waktu Solat KL Jan-Jun 2011

Waktu solat KL Jul-Dis 2011

Waktu solat KL Jul-Dis 2011

Bagi handphone yang tak mempunyai keupayaan membaca fail jpeg atau seumpamanya, bolehlah cetak jadual solat berikut, saiz font 5, saiz kertas A6 (Saiz A4 bahagi 4) dan simpan dalam dompet :

format xls : ws-kl-2011-xf5

format pdf : ws-kl-2011-pf5

Untuk 2-3 hari pertama terasa janggal kerana biasanya waktu solat tu kita tengah buat kerja lain tetapi dengan komitmen berterusan, insyallah kita dapat dilaksanaknan solat di awal waktu.

Kita tak boleh sentiasa mengharapkan bunyi azan dari masjid atau tv untuk peringatan waktu solat kerana lokasi kita berbeza sepanjang hari.

Perihal perjalanan69

cerita perjalanan
This entry was posted in Ceramah, handphone, solat. Bookmark the permalink.

One Response to Cara untuk tidak meninggalkan fardhu solat

  1. Diaq says:

    terima kasih diatas ilmu yg dikongsi..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s