kursus haji kat masjid negeri pp

hari ni pergi kursus haji. Siri 1 dari 17. Ustaz bercerita tentang asas haji, niat, sumber yang halal, talbiah, kesabaran. Antara perkara yang di luar kawalan tabung haji di Mekah adalah pengangkutan bas. Bersabarlah sekiranya berlaku kelewatan

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Perkara bidaah

susah juga bila berdepan dengan perkara bidaah. Nak yakinkan orang sekitar kita supaya jauhkan bidaah lagi susah.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Pergi ke zoo taiping

Selepas tukar klac kereta persona maka perancangan ke taiping boleh diteruskan. Bertolak dari rumah pukul 9.00 pagi, sarapan di gelugor, melepasi tol juru pukul 10.30 pagi. Sampai kat kenduri rumah kawan sekitar 12.00 tengahari. Solat zohor di masjid taiping. Masuk Zoo pukul 2.30 petang.  Keluar Zoo pukul 5.00 petang 

Keluar di exit bukit tambun. minum petang. Sampai rumah pukul 8.00 malam

Posted in Uncategorized | Tagged | Tinggalkan komen

tukar klac persona

Kuasa kereta persona makin kurang, asyik terpaksa tekan minyak kuat bila nak gerakkan kereta masa gear 1.  Ambil cuti khas untuk repair kereta. Lama tak pergi wakil servis eon atau proton. Boleh cuba sekali. Mungkin kos mahal tapi agen proton eon/proton beb!. Kedai servis tayar kat PJ dulu pun cadang pergi proton/eon. Dia taknak tukar kalau klac persona. Klac kereta Iswara kalu dia boleh tukar.

Cuba kat eon servis jalan makloom, p.pinang… banyak kereta servis tengah servis (mungkin lambat) dan alat ganti untuk satu kereta persona lain pun belum sampai… dicadang pergi ke proton servis jalan trusan, kot kot ada alat ganti.

Pergi ke Proton servis jalan trusan, kena buat appointment dulu untuk check kerosakan. Esoknya cuti umum jadi appointment nya lusa. Itu baru cerita appointment check kerosakan belum cerita angaran tempoh pembaikan!  Takpa teruskan kaedah proton servis, buat appointment. Bawa lah kereta balik perlahan-lahan sebab klac makin kurang power.

Sampai rumah, mula fikir plan B sebab cerita appointment sahaja dah ambil masa dekat 48 jam. Kalau ada alternatif lain bagus juga.

Nak cari kedai servis pun kena cari kedai yang kita atau kawan-kawan pernah berurusniaga, Kos mahal sikit takde masalah. Ada satu kedai kat bertam tapi melintas jambatan PP, risiko juga dengan klac hampir habis.

Ops, teringat satu kedai servis kat pulau tikus yang pernah pergi. Cuba ajela walaupun lepas pergi eon service tadi macam susah je nak dapat alat ganti klac persona. Bawa la kereta perlahan lahan.  Setiap kali kereta berhenti kat trafik light atau jalan sibuk berdebar juga takut kereta terus tak bergerak. Jalan kat pulau tikus sibuk dan bergerak perlahan.

Sampai juga akhirnya. Lepas pomen telefon kedai alat ganti, ada spare part! Dijangka siap tengahari esok! Tapi dalam hati ada was-was juga kot spare part susah dapat macam kat eon servis jalan makloom tadi. Tunggu la esok kurang-kurang lagi baik dari plan appointment lagi 2 hari.

Esok, pukul 10 pagi pomen telefon, dah siap! Pergi kedai, Pomen tu cerita hal bearing, klac, oil seal, klac original,  klac asal dah habis & klac hidrolik.

Kosnya rm660.00.

Appointment proton servis esok boleh abai. Dengan banyaknya kereta yang tengah kedai proton servis nak servis, rasanya dia tak kisah kalau ada orang tak pergi appointment.

Dengan klac baru, kena lepas klac perlahan lahan. Terlebih lepas klac masa gear 1, enjin mati.

Posted in Uncategorized | Tagged | Tinggalkan komen

waktu solat pulau pinang 2013 format jpg

waktu solat pulau pinang 2013
ws-pp-jan-mac2013-j

ws-pp-apr-jun2013-j

ws-pp-jul-sep2013-j

ws-pp-okt-dis2013-j

Posted in Uncategorized | Tagged | Tinggalkan komen

ceramah subuh masjid negeri pulau pinang

pagi ni ceramah subuh masjid negeri berkenaan adab-adab melawat orang sakit. Mendoa kepada orang sakit, meminta di doakan dari orang sakit. Keperluan menjaga solat dan aurat.

Posted in Uncategorized | Tagged | Tinggalkan komen

ceramah maghrib masjid negeri Pulau Pinang -13Okt2012

Hari ni ustaz yang menggunakan bahasa kelantan memberi ceramah bab sihir. Perkara Ghaib hanya Allah swt yang tahu. Jampi serapah perlu difahami maknanya supaya tidak terdapat kalimah syrik.. Menggunakan amalan sihir akan menyebabkan pelakunya makin susah

Posted in Uncategorized | Tagged | Tinggalkan komen