Toyota Prius Di Malaysia

Toyota Prius Di Malaysia

Bagi yang ingin membeli kereta hybrid prius di malaysia, mereka perlulah memahami sistem pemanduan kereta tersebut kerana  ia berbeza dengan sistem kereta combustion engines yang ada sekarang. Ini penting bagi membolehkan mereka mengawal kenderaan tersebut semasa kecemasan.

Ditambah kereta hybrid, ada 3 jenis kenderaan yang menggunakan petrol atau diesel yang boleh digunakan di jalanraya awam :

(i)  Combustion Engine – Gear manual
(ii) Combustion Engine – Gear automatik
(iii) Hybrid Engine – Combustion engine and electric motor – Gear Automatik

Masalah boleh berlaku apabila  pedal minyak melekat di lantai dan menyebabkan enjin berputar maksimum. Ia boleh berpunca dari kerosakan sistem spring yang sepatutnya mengembalikan kedudukan pedal atau disebabkan pedal minyak terperangkap oleh pelapik kaki. Ia jarang-jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan kemalangan:

a. Dalam kes kenderaan (i) penyelesaianya mudah – tekan clutch. Tindakan menekan clutch adalah tindakan rutin yang dilakukan oleh pemandu semasa memandu kenderaan ini. Bergantung kepada gear pada masa pedal minyak melekat, kelajuan maksimum kenderaan akan dihadkan oleh gear. Pada gear rendah kelajuan maksimum akan dihadkan  tahap tertentu (seperti  kalau  gear 1, kelajuan maksimum adalah 30 km/j) dan sekiranya pada gear tinggi (seperti gear 5)  kuasa pecutan adalah rendah dan kenderaan akan mengambil masa untuk memecut ke kelajuan maksimum dan tindakan membrek masih berguna untuk melawan kuasa pecutan yang rendah. Disebabkan enjin berputar maksimum dan menghasilkan bunyi bising selepas menekan clutch, pemandu akan cuba mematikan enjin dengan meng OFF enjin menggunakan kunci . Tindakan OFF enjin akan menukar sistem gear dari pemecut kepada pembrek. Brake Booster masih beroperasi untuk beberapa kali tekan selepas enjin dimatikan. Kecuali pada masa OFF enjin,  kedua-dua tangan pemandu sentiasa berada di stereng untuk mengawal halatuju kenderaan dan pandangan pemandu sentiasa melihat keadaan trafik di hadapan tanpa perlu melihat kedudukan gear.

Sistem Kunci ON-OFF, brek, gear dan enjin adalah sistem yang berasingan iaitu operasi satu sistem tidak dipengaruhi oleh sistem lain.

b. Dalam kes kereta (ii) penyelesaian adalah meng OFF kunci dan menekan brek.
Sistem Kunci ON-OFF, brek, gear dan enjin adalah sistem yang berasingan juga iaitu operasi satu sistem tidak dipengaruhi oleh sistem lain. Tindakan OFF enjin juga akan menukar sistem gear dari pemecut kepada pembrek.

Pada masa pedal minyak melekat dan selagi gear berada pada kedudukan D, tindakan menekan brek sahaja tidak akan berguna kerana kerana ia dianggap sebagai halangan. Gear akan diturun, menambah kuasa pecutan dan kenderan akan memecut semula, secara automatik! Keadaan in walaubagaimanapun tidak akan berlaku  jika kenderaan mempunyai sistem brake override. Sistem brake override adalah sistem di mana putaran enjin akan diturun ke nilai minimum (idle) bila kedua-dua pedal brek dan minyak ditekan serentak.

Penukaran ke gear dari D ke N atau P semasa kereta bergerak laju boleh dicuba oleh pemandu. Tapi saya rasa tak ramai yang berbuat begitu lagipun tindakan OFF enjin adalah mencukupi dalam kes pedal minyak melekat di lantai.

Sistem Kunci ON-OFF, brek, gear dan enjin adalah sistem yang berasingan iaitu operasi satu sistem tidak dipengaruhi oleh sistem lain.

c. Dalam kes kereta (iii), semua sistem Sistem Kunci ON-OFF, brek utama, gear dan enjin adalah dikawal oleh komputer. Tindakan membrek, walaupun jika beroperasi, tidak akan berguna selagi putaran enjin tidak dipisahkan dari gear disebabkan kenderaan automatik akan menganggap tindakan membrek semasa pedal minyak melekat dan gear masih di D sebagai halangan yang perlu diatasi seperti yang ditulis di (b) di atas. Operasi brek utama, menukar gear dari D ke N atau OFF enjin bergantung kepada program komputer samada akan memproses tindakan tersebut pada masa pedal minyak ditekan maksimum atau memberi mesej :

SEDANG …SIBUK…MELAKSANAKAN…ARAHAN…MEMECUT

…SILA… CUBA…SEKALI…LAGI…!

Untuk mengetahui jawapannya kena buat ujian sendiri dengan kereta hybrid, kalau berani! Di jalanraya yang selamat, pecut kenderaan sehingga 60km/j dan meningkat, tukar gear ke N. Kekalkan kaki di pedal minyak untuk beberapa saat, sekiranya gear betul bertukar N dan ngauman enjin dihadkan maka eksperiman berjaya. Jika tidak cepat-cepat lepaskan pedal minyak dan tekan brek.  Kalau berani ulang balik eksperimen di atas dengan kelajuan yang lebih (katalah 90 km/j atau 110km/j)

Pertukaran gear dari  D ke N adalah langkah pertama yang disyorkan oleh Toyota apabila kes pedal minyak melekat walaubagaimanapun pertukaran gear adalah secara elektronik dan jika dilihat secara sepintas lalu kaedah pertukaran agak mengelirukan. Ini berdasarkan gambar yang pernah disiarkan oleh malay mail:

prius-gear

Pertukaran gear dari D ke N bukan satu langkah menegak seperti kereta combustion engine contohnya gear kereta persona automatik

persona gear

persona gear

Selalulah berlatih tukar gear dari D ke N apabila kereta prius sedang bergerak dan sedang menekan pedal minyak di laluan selamat  untuk memastikan operasi pertukaran gear berlaku seperti yang diharapkan. Dah terlambat kalau baru nak cuba tukar gear dari D ke N apabila pedal minyak melekat di kelajuan tinggi pada  masa membawa semua keluarga dalam kenderaan di jalanraya yang sibuk!

Pengguna kereta prius juga perlu berlatih untuk OFF enjin semasa kereta bergerak kerana ia tak semudah kereta Combustion Engine. Sesetengah kereta hybrid perlu tekan butang ON-OFF melebihi 3 saat. Sesetengah kereta perlu tekan butang ON-OFF 2 kali. Cara OFF ni macam OFF komputer tapi kena berhati-hati terutama pada masa  komputer ni bergerak laju bersama pemandunya!

Tindakan OFF enjin walaubagaimanapun tidak digalakkan semasa kereta hybrid sedang bergerak kerana ia boleh memberi kesan kepada sistem gear, brek utama dan enjin. Ini kan kereta berkomputer. Kalau komputer biasa kita boleh OFF bila-bila masa. Paling teruk pun komputer akan rosak tapi kita akan ada masa untuk baiki komputer kemudian. Eksperimen OFF enjin mungkin boleh cuba di laluan selamat pada halaju rendah katalah 5km/j.

Sesetengah kereta boleh dipasang Kill Switch, tujuan asalnya untuk mengelakkan kecurian kereta. Dipasang di secara bersiri di litar elektrik pam   minyak (fuel pump). Enjin boleh di OFF apabila suis suis ini ditekan. Walaubagaimanapun sistem tersebut  untuk kereta combustion engine sahaja. Kalau kereta hybrid susah sikit nak pasang kill switch sebab ia  ada 2 enjin. Motor elektriknya (enjin kedua) bervoltan tinggi. Silap pasang kena renjatan elektrik! Lagipun oleh kerana tindakan OFF enjin kereta Hybrid tak digalakkan semasa kereta sedang bergerak maka cadangan ini tidak boleh digunakan.

Masalah kedua adalah glitch komputer dan komputer lambat bertindakbalas. Pernah hadapi sistem laptop yang tidak boleh di OFF walaupun dengan butang ON-OFF? Ia jarang-jarang berlaku, mungkin lima tahun sekali tetapi pengguna boleh cabut bateri dan re-boot.  Dalam kes kereta hybrid berkomputer yang sedang memecut laju dan pemandu berada dalam kenderaan tersebut, susah sikit!
Sistem prius juga ada black box (perekod data pemanduan) sekiranya berlaku kemalangan. Masalahnya ia ditulis oleh komputer yang sama yang sedang menghadapi glitch. Ia hampir pasti tidak akan menunjukkan dirinya sendiri menghadapi masalah. Macam orang sedang tidur diminta menulis laporan terperinci tentang dirinya  yang sedang tidur!

Dengar cerita prius dah dipasang dengan sistem brake override iaitu apabila ditekan brek, enjin akan dipisahkan dari gear walaupun pedal minyak sedang ditekan pada masa yang sama tapi tak tahulah samada ia melalui sistem komputer yang sama. Tak guna ada escape plan kalau ia melalui single point of failure! Walaubagaimanapun ia dapat mengurangkan risiko komputer @ pemandu  keliru kerana tindakan pembetulan dapat diambil cepat sebaik sahaja pemandu menekan brek bila ada  masalah dan bukan bila kelajuan dah meningkat ke 110km/j, enjin bertambah panas, komputer terpaksa memproses pelbagai mesej overload , pemandu baru nak cari laluan gear D ke N, penumpang-penumpang lain dah berkeriau  “APA KE HEI NYA NI!” dan kelibat lori balak nampak nun jauh di hadapan!

Apapun sistem yang ada dalam prius, pastikan anda memahami sistem tersebut kerana sebagai pemandu anda adalah orang pertama akan menanggung beban terhadap sebarang kemalangan yang mungkin berlaku. Buat permulaan anda akan menghadapi kesakitan akibat kemalangan, menghadapi karenah membaiki kenderaan, laporan polis, insuran  dan  hospital. Pihak pengeluar susah hendak mengambil tanggungjawab, melainkan manufacturing defect mereka terlampau jelas. Alasan utamanya tentulah disebabkan mereka tidak mengawal kenderaan tersebut semasa kemalangan berlaku.

Saya dah lukis anggaran litar kereta prius berdasarkan komen-komen pengguna internet selepas kejadian :

a. Kereta Hybrid Toyota Lexus, San Diego, 28 Ogos 2009
b. Kereta Hybrid Toyota Prius, San Diego, 8 Mac 2010

dan juga berdasarkan manual sistem brek prius.  Mungkin pihak toyota dah buat buat pembaikan semenjak dari kejadian tersebut. Minta dibetulkan sekiranya litar tersebut tidak tepat.

About perjalanan69

cerita perjalanan
This entry was posted in hybrid, kereta, prius. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s