Pemantauan Pengubahsuaian Litar Elektrik kereta

Kereta mempunyai pelbagai litar elektrik. Bateri, lampu, alternator & radio adalah antara peralatan elektrik yang ada dalam kereta. Oleh kerana pebagai litar terdapat di dalam kereta dan juga terdapat bahan mudah terbakar dalan kereta (bateri, minyak dan kusyen) berkumpul di dalam ruang yang sempit maka sebarang pengubahsuaian terhadap sistem elektrik perlu dilakukan oleh orang yang berkelayakan.
Pemandu walaubagaimanapun perlu mangambil tanggungjawab memantau sebarang perubahan yang dilakukan oleh pihak lain terhadap kenderaan mereka kerana mereka akan memikul tanggungjawab akhir sekiranya berlaku sesuatu kenderaan mereka.

Antara pamantauan/ tindakan yang boleh dilakukan oleh pemandu bagi pengubahsuaian yang dilakukan di kedai atau oleh kawan-kawan:

i. Menyemak bekalan kuasa peralatan yang dipasang tidak melebihi kuasa yang dibenarkan oleh pengeluar kenderaan.

ii. Memastikan bekalan kuasa peralatan tersebut melalui fius dan tidak terus disambung terus ke bateri.

iii. Memastikan jenis kabel bukan dari jenis yang mudah mencair apabila digunakan dalam kenderaan.

iv. Mengetahui kedudukan fius peralatan tersebut untuk tujuan pemutusan litar apabila peralatan tersebut menunujukkan operasi tak diingini (berasap @ mengeluarkan bau terbakar)

v. Mengetahu cara untuk mencabut sambungan bateri dengan cepat sekiranya langkah (iv) tidak berkesan

vi. Oleh kerana voltan kenderaan tidak stabil (bergantung kepada putaran enjin), maka peralatan yang digunakan di atas kenderaan perlu mempunyai penstabil voltan yang mencukupi untuk tujuan digunakan di atas kenderaan

vii. Bersedia memberhentikan kenderaan dengan cepat dan selamat apabila disyaki ada kebakaran delam kenderaan kerana kebakaran kenderaan berlaku dengan cepat.

About perjalanan69

cerita perjalanan
This entry was posted in kereta and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s