Cerita orang ramai yang tak dikenali di sekitar kita

Cerita seorang pemuda berumur 17 tahun dibelasah disebab meminta tisu dari meja sebelah (Harian metro Jumaat 25 Mac 2011) semasa makan di kedai menunjukkan kita perlu berhati-hati dengan orang tak dikenali di sekitar kita. Malaupun mereka boleh menjadi sahabat baik kita sekiranya situasinya betul tetapi mereka juga boleh menjadi musuh ketat kita sekiranya situasinya adalah sebaliknya.
Saya tak tahu perincian kejadian cuma kalau sahabat baik kita memanglah kita boleh minta tisu, kicap atau sudu bersih dari meja mereka. Tapi kalau musuh ketat kita, berani? Mau tak mau, untuk selamat, kita terpaksa menganggap mereka mungkin menjadi musuh kita lagipun kita tak tahu perangai mereka. Kita terpaksa menghormati ruang makan mereka semasa mereka makan dan bersama kawan-kawan mereka. Kalau perlu pun kena minta bantuan dari pembantu kedai untuk mendapatkan keperluan kita walaupun tisu atau apa je keperluan tu kat sebelah meja kita je!
Mengganggu orang makan ni kalau tak kena caranya memang boleh buat gaduh.

Kita pula, kalau ada barang bersama (seperti tisu atau sudu bersih) di meja kita tapi tidak ada di semua meja, cepat-cepat alihkan ke meja yang kosong setelah kita ambil barang tersebut sekadar perlu. Kita pun tentu tak suka bila ada orang tak dikenali  meminta tisu atau sudu bersih dari kita masa kita tengah soru!

Panduan ni sama juga semasa kita di jalanraya. Semua pengguna jalanraya boleh jadi sahabat baik kita tapi kalau tak kena gayanya boleh menjadi musuh kita.

About perjalanan69

cerita perjalanan
This entry was posted in kereta, Motor, motorsikal and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s