Ceramah agama motivasi

Semalam pergi ceramah agama motivasi kat Jalan Duta. Ada 3 penceramah. Penceramah pertama bercerita hal kepentingan solat. Antar intipati cermah:

i. Faham makna bacaan dalam solat. Contohnya, ayat mana dalam solat ynag merupakan doa supaya keperluan kita di dunia dicukupkan? Kita baca berbelas kali sepanjang kita solat 5 waktu. Kalau kita tak faham rugilah hidup kerana peluang untuk berdoa bagi mendapat kecukupan keperluan hidup terbentang luas. Itu tak kira makna ayat lain sepanjang solat.

– sumber makanan untuk mendirikan solat perlulah halal.
– Waktu solat ditepati
-Bagi lelaki dewasa solat di surau berhampiran rumah.

– Penceramah kedua dari ATM. Cerita hal etika/nilai dalam pekerjaan. Jangan malas, curi tulang. Kerja hendaklah bersemangat.

– Penceramah ketiga hal doa. Adab doa. Antara intipati :

Doa yang difahami, dalam bahasa melayu. Kalau nak doa dalam bahasa arab, belajar bahasa arab betul-betul. Kalau kita tak faham haru biru doa kita. Contoh :

Seorang melayu sepatutnya berdoa dalam bahasa arab di mekah berdekatan kaabah:
“Janganlah engkau berikan aku dosa”
Sepatutnya disambung
“melainkan engkau hilangkan dosa itu dariku”

tetapi sebab melayu tu sendiri tak faham, dibaca:
“Janganlah engkau berikan aku EKOR…”

lepas tu kebetulan ada pak arab di sebelahnya mendengar doa tersebut,  menyambung doa :

“melainkan engkau hilangkan EKOR tersebut!”

– Bahasa apa pun kalau kita tak faham memang boleh berubah makna kalau tersalah sebut. Dalam bahasa melayu contohnya “teka” & “tekan” … tambah ‘n’ je hujungnya dah berubah makna.

– Doa biarlah mudah tetapi spesifik.
– Doa dimulakan dengan pujian kepada Allah SWT dan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w

About perjalanan69

cerita perjalanan
This entry was posted in Ceramah. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s