Kursus Haji Siri 6/2011

Pagi ni ke kursus haji siri 6/2011 di surau dekat dengan rumah dalan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil, Selangor dari pukul 9.00-11.00 pagi. Minggu lepas tiada kursus haji.

– Jemaah haji dari Lembah Kelang akan bertolak dari kompleks tabung haji kelana Jaya. Pastikan item seperti buku kesihatan dan gelang pengenalan ada.

– Jemaah akan bertolak naik bas dari Kelana Jaya ke KLIA.

– Atas kapalterbang, bacalah doa naik kenderaan. Bila masuk waktu solat, kerjakan solat menghormati waktu.

– Akan sampai ke Lapangan terbang di Madinah. Sampai ke Hotel, kenali hotel dan papan tanda ke hotel.

-Akan berada di Madinah 8-9 hari. Jemaah Malaysia akan mengerjakan Haji Tamaattuk. Semasa di Madinah, kerjakan solat berjamaah dan lakukan ziarah ke makam Nabi Muhammad s.a.w.

-Pagi hari ke 8@9, akan bertolak ke Mekah mengerjakan umrah wajib dan haji. Mandi sunat Ihram, cukur semua bulu yang patut (supaya tak tergaru-garu yang boleh tercabut bulu yang boleh melanggar larangan ketika ihram), pakai kemas-kemas kain ihram(Lelaki) @ pakaian solat (perempuan).  Lepas tu  solat sunat ihram. Perjalanan ke mekah akan mengambil masa 6-7 jam (~400km). Sampai di Mekah kena Tawaf, pastikan ada wuduk dan tawaf 7 kali mengikut syarat-syaratnya. Lepas tawaf kerjakan Saie dari bukit safa ke bukit marwah 7x (0.4 km x 7 = 2.8km). Dari Bukit Safa ke bBukit Marwah dikira sekali dan seterusnya. Selepas tu tahallul (bergunting).

….. (kesinambungan dari umrah wajib ke  haji, penulis terlepas bab ni! Err… selepas tahallul umrah wajib, biasanya berapa malam  kat Mekah sebelum berniat mengerjakan haji pula?)

– Dari hotel di Mekah, niat ihram haji. Kemudian naik bas dan niat haji di miqat (tempat) yang ditentukan. Perjalanan ke padang Arafah untuk wukuf adalah sejauh 40km.  Perjalanan biasanya mengambil masa 1 jam tetapi boleh melarat sehingga 24 jam bergantung kepada ujian yang akan diterima oleh Jemaah haji. Banyakkan berdoa, sucikan hati dan jaga kelaseran mulut!

– Di Padang Arafah, kenali nombor khemah sendiri. Khemah lebih kurang sama je. Kenali juga nombor khemah suami @ isteri tuan/puan. Lepas bercukur nanti rupa orang lelaki lebih kurang je!

– Di Padang Arafah, kurangkan makan dan minum sebab bilik air kurang! Ada 10 tandas lelaki dan 10 tandas perempuan sahaja untuk kegunaan lebih kurang 2000 jemaah haji. Jangan mandi sebab air kurang! Lap badan je. antara syarat sah wukuf adalah berada di Padang Arafah seketika (beberapa saat)  dalam mana-mana masa dari waktu Zohor 9 Zulhijjah ke Subuh 10 Zulhijjah (lebih kurang  17 jam).

About perjalanan69

cerita perjalanan
This entry was posted in Ceramah, kursus haji and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s