Pertukaran dari sistem elektrik 1 fasa ke sistem elektrik 3 fasa

Bagi pengguna kediaman yang menambah penghawa dingin dalam rumah dan untuk memastikan kestabilan bekalan elektrik, panduan pertukaran ke sistem bekalan 3 fasa adalah seperti berikut:

i. Beban 50 Ampere/10 kW atau lebih ;
ii. Bilangan penghawa dingin 3 unit atau lebih.

http://www.tnb.com.my/residential/manage-your-account/understand-your-supply-type.html

Nak Uji nya, masa penggunaan puncak kat rumah :

i. Ambil bacaan meter (A)
ii. Biar 1 jam penggunaan Elektrik
iii. Ambil bacaan meter (B)

Penggunaan elektrik dalam sejam = B-A (dalam kWj).

Kalau bacaan 10kWj atau lebih dalam tempoh sejam waktu puncak, kena tukar ke sistem elektrik 3 fasa.

Jika penggunaan elektrik adalah pada tahap 10kW, ujian sejam ini akan menelan belanja RM2.18

Dalam sistem elektrik 1-fasa, elektrik dibekalkan menggunakan 2  wayar iaitu  Life (L) dan Neutral (N). Voltan di antara wayar ini adalah 240V. Gambarajah voltan antara L dan  N adalah seperti berikut

1 fasa

Ada wayar ketiga iaitu wayar Earth (E) tetapi ia hanya berfungsi sebagai  keselamatan penggunaan elektrik. Wayar (E) tidak datang dari bekalan yang dibekalkan dari TNB tetapi dari rod kuprum yang ditanam di bumi (tanah) rumah pengguna sendiri.

Sistem elektrik 1-fasa adalah berpunca dari sistem 3 fasa yang mempunyai 4 wayar di mana wayar L boleh datang dari mana mana 3 wayar (diberi nama Red-R, Yellow-Y dan Blue-B) .  Oleh itu kesemua wayar dalam sistem 3 fasa adalah seperti berikut:

(i) Life (Red – R)

(ii) Life (Yellow – Y)

(iii) Life (Blue – B)

(iv) Neutral(N)

Agihan kuasa 1-fasa  akan diselang seli di antara rumah (R-N, Y-N, B-N). Voltan adalah 240V bagi setiap rumah.

3fasa-j

Bagi Pengguna sistem 3-fasa, kesemua 4 kabel akan digunakan. Agihan beban antara fasa boleh dilakukan secara dalaman oleh pengguna.  Gambarajah Voltan 3 fasa adalah seperti berikut:

3fasa-wave-j

3fasa-wave-j

Dapat diperhatikan pada sepanjang masa voltan dari ketiga-tiga wayar diukur dari N adalah berbeza.

About perjalanan69

cerita perjalanan
This entry was posted in elektrik 3 fasa and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s