Mesyuarat di bangunan MAS, Jalan Sultan Ismail, KL

Hari ni pergi bangunan mas di jalan Sultan Ismail KL dengan motor. Ada mesyuarat. Parking motor kat bangunan tu khas untuk yang ada sticker sahaja. Kawasan sebelah tu, menara dion, ada sikit parking motor tapi untuk yang ke menara dion sahaja dan untuk tempoh sejam aje. Siap ada Pak Guard yang perati kalau kita parking motor! Datang sebelum ni parking depan bangunan KFC tapi hari ni penuh. Parking depan bangunan lain semua untuk pelawat ke bangunan itu aje. Dengan motor ni kalau kat pusat bandar KL memang hilang kemudahan parking secara sah dengan jarak 3 langkah maksimum  dari tempat dituju! Lepas pusing-pusing jumpa tempat parking motor awam di jalan tengah dekat dengan stesen Monorel Jalan Raja Chulan. Jaraknya 150 meter dari Bangunan MAS.

Bangunan MAS pula lambang MAS dah dicabut dari bangunan tu!  Jadi kalau nak cari bangunan ni memang mengelirukan tambah pula jalan Sultan Ismail lebih  3km. MAS dah tak beroperasi dari bangunan tu. Pemilik bangunan adalah PNB. Tak tahu la sebab apa bangunan tu tak ditukar nama.

About perjalanan69

cerita perjalanan
This entry was posted in Motor, motorsikal, Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s