Nak tukar bateri kereta persona

Hari ni nak pergi baiki bumper depan kereta persona. Baru nak start, bateri habis caj! Kereta Iswara orang rumah bawa anak-anak pergi kolam renang. Takpe tunggu kereta iswara balik dulu, mungkin boleh tukar bateri antara kereta sementara nak pergi kedai beli bateri baru.
Balik je kereta iswara, nak buka bateri kereta persona. Guna spanar saiz 10. Cuba angkat bateri, tersangkut! Ada satu lagi skru kat bahagian bawah yang kejapkan bateri.  Skru tu macam boleh buka dengan skru driver…cuba dengan skrudriver  tak boleh sebab ketat sangat. Guna spanar meraba kat bawah skru tu kot-kot skru tu ada nat, tak boleh, macam melekat ke tapak tempat pelapik bateri. Rupa-rupanya skru tu sendiri boleh buka dengan spanar saiz 12!

Selesai masalah membuka bateri persona. Cabut dulu fius hon supaya tak berbunyi bising masa pasang balik bateri . Buka bateri iswara terus letak kat tempat bateri persona. Susunatur terminal lebih kurang sama cuma saiz bateri iswara kecil tetapi tinggi. Cuba sambung terminal walaupun ketat sebab bateri iswara tinggi. Tapi masa sentuh-sentuh terminal takde pula lampu hazard menyala macam biasa, hairan! Betul ke kekutuban (polarity) dua-dua bateri sama sama bila disusun dalam susun atur sama? Bawa turun bateri ke lantai. Bateri Persona ada tulis kekutuban kat bateri tapi bateri Iswara (Yokohama) takde pulak!  Nak check balik kat kereta Iswara dah tak confident sebab bateri dah buka dari kereta. Bukan boleh teka-teka sebab peluang 50-50 antara kereta elok atau sistem elektrik rosak teruk. Dulu pernah terkena tapi nasib baik cuma dengan lampu kalimantang mudahalih 12VDC.  Ini  melibatkan sistem elektrik kereta. Terpaksa mencari litar penyemak polariti yang pernah buat dulu tapi tertinggal kat office pulak! Litar ni mudah je guna Light Emitting Diode (LED) dan perintang (perintang 50 ohm ke 5000 ohm, boleh diguna untuk voltan 5 ke 24 volt DC).

Polarity-Checker

Masalahnya kalau baru nak solder dan-dan tu juga memang lambat.  Nasib baik jumpa board yang dah solder.  Check polariti, terbalik rupanya!

Pusing kedudukan bateri tu tapi wayar pulak tak sampai!  Guna wayar jumper (30A). Tak boleh start! Baru confirm jenis bateri lain, satu untuk kereta 1300cc satu lagi 1600cc. Pasang balik bateri kat kereta Iswara. Kereta iswara boleh start macam biasa.

Ruang porch depan rumah menurun sikit. Dalam keadaan biasa kereta boleh bergerak sendiri kalau gear kat N dan handbrek dah turun. Nak cuba tolak ke tak? Kereta ni tak pernah cuba hidupkan sambil menolak. Cubalah lagipun kalau tak berjaya start dengan menolak, ada ruang untuk guna wayar jumper dengan enjin kereta iswara dah start kalau dua-dua kereta mengadap depan-depan. Minta tolong anak tolak dari depan ke belakang.  Gear “R”, tekan clutch, kunci kat ON. Anak 2 orang tolak dalam 3 meter, lepas clutch dan tekan balik clutch…Vroom! Alhamdulillah berjaya!

Nak buat urusan dengan kerata persona tak boleh sebab takut tak boleh start pulak nanti. Guna motorsikal. Balik dari urusan, guna kereta persona nak beli bateri kat bb bangi. Tanya harga…Bateri free maintenance RM310, bateri yang selalu kena isi air RM260. Huyo! Rasa macam mahal mungkin sebab dah lama tak beli bateri.  Takpe esok cuba tanya kat kedai biasa pergi kat pj. Masa nak tanya kedai tadi tangan secara automatik dah OFF enjin. Lepas dah tanya harga bateri dan menangguhkan pembelian bateri, kereta nak kena start balik! Cuba start, vroom! Lega rasanya.

About perjalanan69

cerita perjalanan
This entry was posted in kereta, persona and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Nak tukar bateri kereta persona

  1. azri says:

    terima kasih sgt membantu saya membuka bateri..cuma persoalan saya suis hon tu dimana yer..

    • perjalanan69 says:

      Sorry lewat jawab. Fius-fius persona ada di dua lokasi. Satu di dalam ruang enjin dan satu lagi berhampiran lutut kanan pemandu, semasa pemandu duduk di ruang pemandu. Fius hon di ruang enjin. Cara nak buka kena guna pencabut fius yang disediakan. Ada lagi satu cara nak ‘disable’ hon…cabut ‘horn relay’. Horn relay boleh cabut dan pasang balik guna tangan je, tak payah guna pencabut fius. ‘Horn relay’ dekat ruang fius dalam enjin juga. Ingat susunatur horn relay sebelum cabut sebab dia ada 4 terminal, boleh tersilap pasang. Horn relay takde penanda macam kad-SIMM handphone. Lepas dah siap pasang bateri, uji hon terutama bagi pengguna yang jarang guna hon. Masalah juga kalau dapat tahu hon tak berfungsi hanya bila kemalangan hampir berlaku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s