Pindah rumah dengan keluarga

3-4 hari lepas pindah rumah dengan keluarga. sebelum ni dok sorang-sorang kat penang. Mencabar juga pindah rumah jauh-jauh ni tapi itu lah antara matlamat terima tawaran naik pangkat. Nak rasa cobaan tapi tentulah cobaan yang boleh di hadapi. Datang cobaan yang tak boleh dihadapi teruk jugak. Setakat ni cobaan boleh dihadapi. Lori  3.7 tan buat pindah barang. Kat rumah asal di kajang ramai yang bantu angkat barang. Kat rumah di penang pula tak sanggup minta bantuan sebab masa sampai tak tentu. Kang lama pula kawan-kawan kat penang menunggu. Lori dijangka sampai pukul 5.00 petang tapi dengan jem atas highway lori sampai pukul 9.30 malam! Nak guide lori sampai ke rumah pukul 10.30 malam. Unloading dengan 4 orang dewasa (3L, 1P) & 3 kanak-kanak ambil masa 3 jam. Driver lori pulak tidur masa unloading sebab keletihan dengan jem masa kat h/way). Pukul 1.30 pagi lori bertolak balik kl. Barang-barang dah selamat dok dalam rumah kat tingkat 1. Alhamdullilah, habis satu bab. Lepas ni cuma hal penyusunan dalaman dalam rumah. 2-3 hari sebelum dan selepas pindah rumah banyak soalan yang ambil masa nak dijawab. “mana pinggan?”, “mana masking tape?”, “mana usb distributor?”, “mana handphone charger nokia saiz kecik?”.  Tapi itu semua sebahagian cobaan yang perlu dihadapi.

About perjalanan69

cerita perjalanan
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s