kereta iswara kering air radiator – teknik telur ayam

Balik dari langkawi orang rumah bagitau kereta iswara ada masalah radiator terlebih panas dan air kering walaupun air diisi radiator diisi ditambah seminggu sekali. Kereta iswara dah lebih 10 tahun. Nampaknya kena guna teknik telur ayam yang pernah digunakan kat kereta tiara 5-6 tahun lepas. Kalau radiator kereta perlu ditambah air lebih kerap dari sebulan sekali maka maknanya ada masalah bocor kat mana-mana.
Teknik telur ayam : mula penuhkan air radiator, tutup penutup, ON enjin kereta lebihkurang 30 minit (pastikan ruang terbuka – nanti lemas dengan asap ekzos). Buka penutup radiator dengan penutup kain tebal 2 lapis untuk mengelakkan air panas radiator dari menyembur ke muka. Tambah putih telur ayam 2 biji ke dalam radiator dan tambah air sehinga penuh. Jangan guna telur lebih dari 2 biji kerana pam air boleh tersumbat. Tutup penutup dan ON enjin lebihkurang 30 minit lagi. Ujinya untuk sehari dua untuk perjalanan 4-5 jam. Air radiator yang bercampur telur kemudiannya boleh diganti dengan air biasa kerana penampalan telah berlaku di lubang-lubang bocor melalui proses pembentukan putih telur kering apabila cecair telur panas berada di ruang udara.

… sambungan

tukar air dan ganti air baru. Mungkin sebab tukar air radiator cebat sangat, penampalan tak berlaku dengan lengkap. Hari ni radiator berasap…. sempat berhentikan kereta tepi jalan. Buka penutup dengan serkup beg kain (kain buruk semalam dah buang tetapi lupa letak kain buruk lain dalam kereta).  Rehat 15 minit. Tambah air. Air tak cukup, ambil air dari tangki pengelap cermin dengan mencabut saluran ke wiper dan letakkan ke dalam botol kosong, ON suis penyembur air wiper. Perjalanan ke rumah tak jauh lagi, 2-3 km aje, rasanya sempat walaupun jalan jem.

Balik rumah, bubuh telur ayam 2 biji. Sebab air radiator dah tukar semalam maka amaun telur ayam putih hanya 2 biji dalam tangki. Lepas buat ujian 30 minit, buka penutup radiator tetapi dengan menyerkup kain buruk, hampir separuh kandungan tangki melimpah keluar, bersama telur putih. Tambah sebiji lagi telur putih mentah. Tak tahu la samada amaun telur yang ada dalam radiator terkurang atau terlebih.

Kena Eksperiman lagi 2-3 hari.

…. bersambung…

Malam tadi uji lagi sistem radiator, masa ON enjin lebih 20 minit, suhu capai 75%. Buka penutup dengan serkup kain, air menyembur keluar. Mungkin water pump.

…. Pagi ni hantar kedai dan cadangkan tukar water pump, lagi pun water pump dah lama tapi pomen tu kata mungkin perkara lain. Rupanya thermostat dah tersumbat. Tukar thermostat dan  cuci balik entah apa benda macam sendi laluan air dekat dengan thermostat, sistem radiator dah OK. Enjin di tekan dekat 5 minit pun suhu Enjin tak sampai 40%…. RM35/=.  Uji 10km pun suhu enjin kurang 40%.

Wap air panas yang keluar melalui hujung hos sebagai petanda masalah sistem penyejuk enjin boleh berpunca dari kebocoran hos atau mungkin juga berpunca dari suhu air terlebih panas apabila pengaliran air tidak berjalan lancar.

About perjalanan69

cerita perjalanan
This entry was posted in Iswara and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to kereta iswara kering air radiator – teknik telur ayam

  1. shaiful says:

    saya nak tanya…telor yg di gunakan dah direbus ke belum.t.kasih

    • perjalanan69 says:

      Dua biji telur mentah, buang telur kuning. Pastikan Tangki air ada ruang untuk memasukkan cecair telur putih tersebut. Masukkan telur cair putih. Penuhkan tangki dengan air mineral. Start Enjin dan tutup tangki. Dalam beberapa minit air yang tadi menitik dari bocoran akan berhanti bila telur putih cair yang bercampur dengan air panas cuba keluar dari tempat bocor dan terpeluwap, menyumbat bocoran. Sesuai untuk bocoran kecil (1-2 titik sesaat). 2-3 hari lepas kaedah ni berjaya, tukar air dalam tangki dengan air mineral untuk membuang saki baki telur yang tidak terpeluwap menutup bocoran, mengurangkan beban water pump yang perlu mengitar air yang bercampur putih telur.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s