tukar klac persona

Kuasa kereta persona makin kurang, asyik terpaksa tekan minyak kuat bila nak gerakkan kereta masa gear 1.  Ambil cuti khas untuk repair kereta. Lama tak pergi wakil servis eon atau proton. Boleh cuba sekali. Mungkin kos mahal tapi agen proton eon/proton beb!. Kedai servis tayar kat PJ dulu pun cadang pergi proton/eon. Dia taknak tukar kalau klac persona. Klac kereta Iswara kalu dia boleh tukar.

Cuba kat eon servis jalan makloom, p.pinang… banyak kereta servis tengah servis (mungkin lambat) dan alat ganti untuk satu kereta persona lain pun belum sampai… dicadang pergi ke proton servis jalan trusan, kot kot ada alat ganti.

Pergi ke Proton servis jalan trusan, kena buat appointment dulu untuk check kerosakan. Esoknya cuti umum jadi appointment nya lusa. Itu baru cerita appointment check kerosakan belum cerita angaran tempoh pembaikan!  Takpa teruskan kaedah proton servis, buat appointment. Bawa lah kereta balik perlahan-lahan sebab klac makin kurang power.

Sampai rumah, mula fikir plan B sebab cerita appointment sahaja dah ambil masa dekat 48 jam. Kalau ada alternatif lain bagus juga.

Nak cari kedai servis pun kena cari kedai yang kita atau kawan-kawan pernah berurusniaga, Kos mahal sikit takde masalah. Ada satu kedai kat bertam tapi melintas jambatan PP, risiko juga dengan klac hampir habis.

Ops, teringat satu kedai servis kat pulau tikus yang pernah pergi. Cuba ajela walaupun lepas pergi eon service tadi macam susah je nak dapat alat ganti klac persona. Bawa la kereta perlahan lahan.  Setiap kali kereta berhenti kat trafik light atau jalan sibuk berdebar juga takut kereta terus tak bergerak. Jalan kat pulau tikus sibuk dan bergerak perlahan.

Sampai juga akhirnya. Lepas pomen telefon kedai alat ganti, ada spare part! Dijangka siap tengahari esok! Tapi dalam hati ada was-was juga kot spare part susah dapat macam kat eon servis jalan makloom tadi. Tunggu la esok kurang-kurang lagi baik dari plan appointment lagi 2 hari.

Esok, pukul 10 pagi pomen telefon, dah siap! Pergi kedai, Pomen tu cerita hal bearing, klac, oil seal, klac original,  klac asal dah habis & klac hidrolik.

Kosnya rm660.00.

Appointment proton servis esok boleh abai. Dengan banyaknya kereta yang tengah kedai proton servis nak servis, rasanya dia tak kisah kalau ada orang tak pergi appointment.

Dengan klac baru, kena lepas klac perlahan lahan. Terlebih lepas klac masa gear 1, enjin mati.

About perjalanan69

cerita perjalanan
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s