Menguji flasher persona spektron pw546916

Untuk menguji flasher persona, yang digunakan untuk menyalahkan lampu isyarat, diperlukan :

1. bekalan kuasa dc 12v dengan arus max 2A

2. Lampu isyarat yang dikeluarkan dari kereta. 12V21W

Bergantung kepada jenis flasher dan kemampuan bekalan kuasa 12V, sekiranya flasher masih dalam keadaan baik, maka akan samada lampu isyarat berkelip atau sekadar bunyi berdetik dari dalam flasher

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Lampu isyarat persona tidak berfungsi

Lampu isyarat persona tak berfungsi. Lampu hazard pun sama. Buka manual, chack fius di bawah pemandu. semua ok. Rasanya masalah flasher (peralatan elekronik yang memberi isyarat berkelip untuk lampu isyarat). Hari ni beli flasher persona. RM 16.00

.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Acute stress disorder

Gangguan mental ini adalah yang ke-3 dari 26 dalam abjad “A”. Terdapat 248 gangguan mental yang disenarai di Wikipedia.

Intense, unpleasant, and dysfunctional reaction beginning shortly after an overwhelming traumatic event and lasting less than a month. If symptoms persist longer than a month, people are diagnosed as having posttraumatic stress disorder (PTSD).

Berkaitan kejadian yang menyebabkan trauma. Reaksi mental yang kuat dan tidak berfungsi selepas sesuatu kejadian yang menyebabkan trauma. DijangkAKAN HAnya berlaku selama tempoh sebulan. Jika melebihi sebulan, ia akan akan diklasifikasi sebagai PSTD.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Tukar minyak pelincir axia

selepas 5,000 km (rawang – kbharu 2x, rawang – p.pinang 1x dan rawang – ipoh 1x) maka sampai masa tukar minyak pelincir dan oil filter. Kos :

a. Minyak pelincir mineral perodua : rm45.00

b . Oil filter rm10.00

c upah rm15.00

Jumlah = rm70.00

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Penyelesaian Awal Hutang Kereta di Bank Rakyat

Beberapa hari lepas dari Rawang ke Pulau Pinang dengan kereta Axia untuk membuat penyelesaian awal hutang kereta yang berbaki beberapa bulan lagi. Urusan dibuat disebabkan PKP yang menyebabkan potongan gaji Angkasa tidak dibuat dan ada duit untuk penyelesaian awal.

Urusan nya mudah aje,…Dapatkan penyata penyelesaian awal, lepas tu bayar sepenuhnya di kaunter dan kemudian dapatkan surat penyelesaian. Pihak bank rakyat akan membuat urusan membatalkan tuntutan hakmilik di JPJ secara online dalam tempoh 3 hari bekerja.

Doa melunasi utang berdasarkan hadis riwayat TirmidI nomor 3563, dari ‘Ali, ada seorang budak mukatab yang mendatanginya, ia berkata, “Aku tidak mampu melunasi untuk memerdekakan diriku.”

Ali pun berkata, “Maukah kuberitahukan padamu beberapa kalimat yang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengajarkannya padaku yaitu seandainya engkau memiliki hutang sebesar gunung, maka Allah akan memudahkanmu untuk melunasinya. Ucapkanlah doa

Artinya: Ya Allah cukupkan lah aku dengan yang halal dan jauhkan lah aku dari yang haram, dan cukupkan lah aku dengan karunia-Mu dari bergantung pada selain-Mu.

Status Hadis: Hasan Sahih.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Tukar Lower Arm Kereta Persona

Kereta persona selalu berbunyi di bahagian tayar apabila masuk lubang atau melalui bonggol. Sambil pergi kedai baiki kereta kat kajang, dicadangkan tukar lower arm (kiri & kanan) dan sambil tu tukar brake pad. JugA tukar minyak brek. Habislah RM600.00

Keesokan harinya masa kat lebuhraya, kereta asyik nak melelong. Bawa pergi kedai yang biasa di PJ, soalan pertama “ada tukar barang ke kat tayar depan?”. Macam tahu tahu pula. Rupanya tak buat alignment! Selepas tukar tayar botak hadapan dan alignment, didapati bearing tayar kiri depan rosak. Beli Bearing & upah pam tukar bearing (RM50.00+40.00 = RM90.00). Campur Tukar tayAR (rm130.00 X2), Alignment (lupa berapa) dan upah baiki tayar….. jadi semuanya RM440.00.

Jumlah keseluruhan =RM1,040.00.

Pengajaran : Jika nak baiki bahagian berkaitan tayar, cari kedai yang ada kemudahan buat alignment.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Tukar Lower Arm Kereta Persona

Kereta persona kalau melalui bonggol dah berbunyi semacam.Pomen cadangkan tukar Lower arm kiri dan kanan. Sambil Tu Tukar Brake Pad depan. Tukar Brake Fluid Juga. Jumlah ny RM600.00:

Lower Arm (2 x RM180.00)

Brake Fluid 1L (40.00)

Brake Pad Depan (RM150.00)

Upah Bleeding Brake & Upah tukar Lower Arm (rm15.00+rm40.00)

Jumlah=RM605.00

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

cabut gigi

cabut gigi. RM150.00, bukit sentosa rawang.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Kematian

Pagi ini melawat rakan yang meninggal. Mayat sedang dalam proses hendak di mandikan di Masjid kawasan Sunway. Bila kematian tiba itulah masanya untuk meninggalkan bumi dan bergerak ke alam barzakh. Somoga Allah SWT memudahkan kita semua melalui proses tersebut.

(Al-Mu’minuun QS23)

  1. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
    Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;

Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian 13. Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

  1. Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.
  2. Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.
Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Pembaikan motor ex-5, minyak hitam bocor

Minyak hitam bocor. Pembaikan di kedai :

a. Oil seal 10.00

b. Oil Ring 10.00

c. Coil Starter 30.00

d. Oil 4T 16.00

e. Skru 3.00

f. Plug 6.00

Jumlah = RM75.00

Posted in EX5 | Tinggalkan komen